Thursday, December 17, 2009

Nak bayar pada.. (Symposium PPIM)

Berikut adalah antara nama2 AJK symposium PPIM yg bakal diadakan pd 1-2 JAN ni..so,insyaAllah bayaran bley dibuat kepada mereka sebelum 30/12/2009..kalo rase ssh nk contact sy..nk register pd mereka pon insyaAllah bley.. =)

Mohd Afiq Mohd Nor

Luqman Azhar

Hazrul Hazwan

Nor Hidayah Jaris

Amnah Mohd Yousop

Jamil Aizuddin

Mohamad Zulfikrie

Atiqah Asbi

Shazwani Adnan

Nurul Fida Nusaiba

Syafiq Khalil

Wan Nazihah

Nabilah Azman

Mohamad Syazwan

Aisyah Khaulah

Izzati Azmin

Monday, December 14, 2009

Symposium PPIM

Berikut merupakan beberapa maklumat dan overview mengenai Symposium yg akan diadakan.

Mendedahkan kepada para pelajar dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan pelajar dalam menjadi seorang Doktor dan pengamal perubatan Islam.

Memberi kefahaman tentang hukum-hukum dan fatwa yang berkaitan dengan perubatan.

Mengalakkan untuk membentuk cara berfikir dengan kaca mata dan pandangan Islam.

Memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa Islam adalah satu sistem kehidupan, ideologi dan cara hidup yang mencakupi seluruh aspek kehidupan.

Tarikh : 1-2 Januari 2010
Tempat : Embassy Malaysia
Yuran : 350 ruble

sesiapa yg berminat boleh mendaftar terus kepada saya atau kepada mana2 ajk untuk symposium ini..bayaran pendaftaran perlu diserahkn kpd mana2 ajk symposium utk meng'confirm' kn pendaftaran..sebarang pertanyaan bley tnye kat page ni..insyaAllah maklumat lanjut boleh dapat dilihat di website rasmi utk symposium ni..

- mohamad zulfikrie abas - 89266902652 (sms is more preferable) - m_zulfikrie (ym) - m_zulfikrie@yahoo.com (emel) -

Friday, October 9, 2009

Sedang Mencari?

Bismillahirrahmanirrahim..

jika kita bermain bola sepak, maka matlamat kita adalah untuk menyumbat bola ke dalam gol. jika kita bermain golf, matlamat kita adalah untuk memasukkan bola ke dalam lubangnya. namun, cuba kita bayangkan bermain bola sepak tanpa gol, atau bermain golf tanpa lubang, apakah permainan itu akan lengkap? TIDAK sama sekali. menendang bola, hendak tendang ke mana? memukul bola golf, hendak memukul ke mana?

begitulah kehidupan, perlu ada matlamat yang jelas. jika tidak, kita tidak akan pernah tahu ke mana arah tuju kita. hidup manusia tanpa tujuan yang jelas tidak ubah seperti binatang. makan, tidur, kerja..maka lengkaplah hidup. apakah nilai kehidupan manusia selaku makhluk paling istimewa serendah itu?

jika ditanya, apakah yang paling diinginkan oleh manusia, rata2 akan menjawab KEBAHAGIAAN. namun, apakah sebenarnya kebahagiaan? bagaimana kita mengukur kebahagiaan itu? adakah cukup bahagia diri kita apabila kita punya wang berjuta?adakah cukup bahagia jika kita berjaya memperoleh pangkat yang diidamkan?adakah kita bahagia apabila kita dapat berkahwin dengan pasangan yg diimpikan?atau adakah kebahagiaan itu terhasil dari gabungan2 semua perkara2 td?

maka, renungkanlah..fikir2 kan apakah sebenarnya matlamat hidup kita.apakah erti kebahagiaan pada kita?kerana jika kita bersungguh2 memikirkan hal ini, insyaAllah kita akan berjumpa dengan kebenaran hakikat kebahagiaan dan hakikat sebenar kehidupan. insyaAllah kita akan sedar tanggungjawab kita..moga kita sentiasa berada dibawah limpah rahmat dan hidayah Nya.

Monday, August 17, 2009

Yang Molek

Yang molek
adalah jodoh yang soleh
tidak lagi mencari-cari
di pinggir-pinggir jalan
atau di bawah jambatan
dan jua tidak mungkin
bertemu dengannya
di pasar-pasar
atau di kelab-kelab malam

Sebelum memancing ikan yang baik
harus menjadi pengail yang bijaksana
sebelum berdamping
harus bersih
dan membersihkan hati
dhamir dan diri

Menempatkan niat dalam doa
dan restu
malah lebih khusus
dengan solat istikharah
iaitu...
perhubungan yang sejahtera
kemesraan yang sejahtera
membina dan mengangkat zuriat
yang sempurna dan bahagia

Yang rindu dalam kufu
yang kasih dalam syahdu
janganlah kiranya
menjadi derhaka dan nyusuz
seakan-akan berniaga dan memperniagakan
hanyalah kerana satu furqah
lalu meminta dan menuntut
yang amat berlebihan

Yang molek
adalah keluarga yang taqwa
suami, isteri dan cahaya mata
dalam kemurnian ijab dan qabul
dalam keindahan
akad nikah yang barakah.

<sinar rohani mei-jun 2009>

Thursday, July 16, 2009

tag boycott!

Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?

5 products that i'm boycotting:

ni produk2 yg pnah gne..tp xgne lg dah..

McDonalds- alhamdulillah..lame dah xmkn bnde ni..lbey elok makan nasi kat umah je..hehe
Nokia- xlyn nokia..xbest..last gne nokia time form5..lpas tu xpnah dah
Johnson&johnson - ni lg la..zaman kecik2 dulu je pakai
Danone
- pilih biskut2 len..byk alternatif
Arsenal FC- yg nji confuse sket..camne la emirates bley taja club ni..hmm

5 products i'll try my best to boycott:
yg ni skip la..byk sgt yg xpnah pakai n xmau pakai..huhu

5 products hard to boycott:

Intel- hmm..bali amd kang sng overheat lak..seba salah jdnye..hmmm
All products Nestle - mmg ssh..dah sebati ngan hidup kot..
Coca-cola - walopon xminum sgt coke ni..tp kalo beli bnde2 len..cth nye kat pizza hut ke..slalunye teramek air ni..dah la brand coca-cola ni macam2..kdg2 xprasan..
L'oreal- sbb pakai gel rambut die..bnde2 len xpnah beli pon
Sky- ni slalu bkk web page die je..byk bace brite sukan kat ctu..

sape2 nk buat..sila2 la ye..at least kte promo utk boycott brg2 ni
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (2:201)
ade beberapa tafsiran mengenai kebaikan dunia..ada yg menyebut bhwa kebaikan dunia tu keselamatan dan rezeki yang mencukupi..ade gak yg tafsirkan sbg isteri yang solehah..anak-anak yang soleh dan solehah..ilmu dan pujian..n macam2 lg..tp keseluruhannya..kebaikan dunia ni bley la dikatakn sbg apa2 yg dtgkn kesenangan kpd kita kat dunia ni..beberapa bnde yg bley diambil dr ayat ni..
-kene sentiasa berdoa dan berharap pd Allah..even kalo nk baiki kasut yg rosak pon berdoalah katAllah..sbb doa tu satu ibadah dan satu bntuk pengharapan..
-Allah x larang kte dr cari kebaikan dunia..tp x bermakne kita ni kene lebihkan dunia..pttnye kite kene lebihkan akhirat..sbb dalam ayat yg seblom ni..(2:200) "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
kirenye akhirat tu lbey penting la utk dikejar..so..jgn la disebabkan nk sgt kejar kebaikan dunia..usaha kita utk dunia ni lbey byk berbanding akhirat..
-jgn lak x kejar dunia lgsg..ade satu kate2 ni..kefakiran itu hampir kepada kekufuran..

Saturday, July 11, 2009

solat jemaah

ade satu hadith ni..sahabat Nabi tnye baginda..apakah antara jalan2 petunjuk Allah..baginda jwb..solat berjemaah di tempat2 yg dilaungkan azan..krenye kalo nk cari petunjuk Allah..Nabi da terangkan iaitu dgn cara lakukan solat berjemaah..diceritakan..waktu zaman Nabi dulu..org2 yg xsolat jemaah tanpa ade sbb2 yg jelas..org tu adalah golongan munafiq..malah..sahabat2 Nabi dulu..even time sakit pon..tp kalo die mampu utk datang ke masjid dgn dibantu oleh sahabat2 yg len..pasti die akan dtg..pentingnye solat jemaah ni..ade satu cerita psl sorg sahabat..Abdul Rahman Auf (kalo xsilap)..die ni ade skali tu xdpt jd ma'mum muafiq dlm solat jemaah..ble selesai solat..Rasulullah tnye nape die lambat..die jwb die ade byk unta2..die lewat sbb tambat unta..Rasulullah kate..solat jemaah tu lbey baek drpd bumi dan langit dan seluruh isinya..lpas tu..Abdul Rahman trus infaq kan sume unta2 die tu ke jalan Allah..

Friday, May 8, 2009

10 Mei 2009 (Hari Ibu)

Zahirkanlah kasih sayang kita pada ibu..
Tunjukkan betapa sayangnya kita
Betapa kita menghargai setiap pengorbanannya
Laku kan segera! Usah bertangguh lagi..
Kerana kita tidak tahu..
Sampai bilakah kesempatan ini
Sampai bilakah nikmat ini
Akan terus bersama diri~
video

Tuesday, April 21, 2009

Law of Attraction



Sejauh mane kebenaran bnde ni?
btol ke manusia bley dapat setiap ape yg difikirkan?hanya fikir dan dapat..cam x logik la rasenye..huhu..ape2 pon..fikir kan la kebenaran nye berdasarkan Al-Quran dan Sunnah..agak2 nye..bnde ni valid n selari ke ngan ape yg Islam ajar ye?

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah. 
(Al-Ahzab: 17)


Sunday, April 19, 2009

hmm..

Tibe2 je

Rase rindu sgt kat rumah

Rindu sgt suasana itu

Dah lame sgt rasenye xjmpe sume tu

Rindu atok masak

Rindu gelak tawa brsama ibu

Rindu gurau senda,gaduh2 manja ngan akk,adek2

Rindu saat bersembang2 ngan ayah

Rindu nye kat sume tu!

 

Tp rumah da xsame macam dulu

Byk bnde dah berubah

Dah xde

Ade satu kekurangan,kekosongan d situ

Pd hal x sampai setahun pon berlalu

Nk sgt brjumpe suasana dulu

Tp tu x mgkin brlaku

Ade wajah yg aku rindu

Tp x mgkin ku temu..

 

Org kata

Patah tumbuh,hilang berganti

Tp kehilangan ini

Xmgkin ade ganti nya lagi!

Pepatah tu tipu!

 

Dari satu lirik lagu~

Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakn rindu mendamaikan kalbu

X mgkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari ganti mu!

 

Suasana dulu..suasana itu

Suasana rumah waktu itu

Suasana sebelum mlm colloq histo tu

Sebelum sume tu

Dah xmgkin kutemu..

 

Ya Allah,nape tetbe rindu sgt ni..

Nape air mate xbley stop ni..

kdg2 rase dunia ni sunyi sgt kn

Xde sape2 brsame kte

kdg2 rase sume org nk tggl kn kte..

Hmm..fitrah manusia

Akhirnya tetap akan kembali padaNya

 

~monolog diri yg ntah ape2~

(1am)